Now Reading
Simu Liu Gagal Dapat Watak Dalam Crazy Rich Asians, Rakyat Malaysia ‘Back-up’ Henry Golding

Simu Liu Gagal Dapat Watak Dalam Crazy Rich Asians, Rakyat Malaysia ‘Back-up’ Henry Golding

Sesetengah netizen mendakwa Henry Golding diberikan watak utama di dalam filem Crazy Rich Asians kerana mempunyai kacukan separuh ‘orang putih’ dan loghat British.

henry golding

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Simu Liu baru-baru ini telah mencetuskan kekecohan di Twitter apabila dia berkongsi cerita kepada IndieWire bahawa dia gagal mendapat watak dalam filem Crazy Rich Asians selepas empat kali melalui uji bakat.

Dia diberitahu ketika uji bakat bahawa dia tidak diberikan watak tersebut kerana tiada faktor yang mengujakan.

Beberapa netizen mendakwa Henry Golding mendapat watak utama dalam Crazy Rich Asians kerana dia mempunyai darah kacukan ‘orang putih’ manakala Simu Liu tidak memiliknya.

Selain itu, Henry Golding juga mempunyai loghat British. Dalam pada masa yang sama, netizen memuji wajah Henry Golding yang lebih menarik berbanding Simu Liu.

Selepas tular tentang isu tersebut, ramai rakyat Malaysia yang mempertahankan Henry Golding yang telah dipilih oleh pihak produksi filem untuk memegang watak Nick Young.

Netizen Malaysia menegaskan bahawa Henry Golding adalah separuh Iban yang menjadikannya lebih ‘dekat’ dengan latar belakang watak itu. Mereka juga berpendapat bahawa Henry Golding bukanlah seperti jejaka Barat berkulit putih kerana ramai sebenarnya lelaki di Sabah dan Sarawak yang mirip seperti pelakon tersebut.

Mereka juga menegaskan bahawa Henry Golding adalah rakyat Asia Tenggara manakala Simu Liu tidak. Dengan kata lain, tidak semua orang Asia mempunyai warna kulit yang sama.

Untuk membuktikan bahawa tidak semua orang Asia kelihatan sama, netizen sempat berkongsi beberapa gambar lelaki Asia yang lain.

Melihat semula isu tular itu, ada juga netizen yang mempersoalkan semula tentang keperluan membuat perbandingan di antara dua orang lelaki Asia ini yang mempunyai kekuatan tersendiri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd